Lviv

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lviv
Bahasa Ukraine: Львів
Bandar berkepentingan
Bendera Lviv
Jata Lviv
Lviv is located in Bumi
Lviv
Lviv (Bumi)
Koordinat: 49°49′48″N 24°00′51″E / 49.83000°N 24.01417°E / 49.83000; 24.01417Koordinat: 49°49′48″N 24°00′51″E / 49.83000°N 24.01417°E / 49.83000; 24.01417
Negara Ukraine
OblastOblast Lviv
PerbandaranLviv
Ditubuhkan1256
Hak Magdeburg1356
Pentadbiran
 • Datuk BandarAndriy Sadovyi
Keluasan
 • Bandar berkepentingan182.01 km2 (70.27 batu persegi)
Aras
296 m (971 ft)
Penduduk
 (Januari 2021)
 • Bandar berkepentingan720,383
 • Kepadatan4,000/km2 (10,000/batu persegi)
 • Metro
720,383
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
Poskod
79000–79490
Kod kawasan+380 32(2)
Huruf nombor platBC (before 2004: ТА, ТВ, ТН, ТС)
Laman sesawangcity-adm.lviv.ua

Lviv (Bahasa Ukraine: Львів [lʲʋiu̯] ( dengar); Poland: Lwów [lvuf] ( dengar); Jerman: Lemberg) ialah bandar terbesar di barat Ukraine serta bandar ketujuh terbesar negara secara keseluruhan, dengan jumlah penduduk sebanyak 720,383 orang (anggaran 2021).[1] Lviv berperanan sebagai salah satu pusat-pusat budaya utama Ukraine.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kota ini didirikan pada abad ke-13 dan mulai memperoleh hak-hak sebagai kota pada 1353. Pada masa itu, kota ini dimiliki oleh puak Poland, tetapi didirikan oleh orang Rutenia (sebangsa suku Ukraine). Kemudian, ketika Polanda dipecahkan antara kaum Prusia, Austria dan Rusia pada 1772, kota ini jatuh ke dalam kekuasaan bangsa Austria dan dijadikan ibu kota kerajaan Galicia dan Lodomeria. Pada 1914, ketika awal Perang Dunia I, kota ini dikepung oleh tentera Rusia tetapi tidak berjaya ditakluki. Pada 1918, kota ini menjadi tempat diproklamasikan "Republik Ukraine Barat" dengan Lviv sebagai ibu kota. Namun begitu, dengan kota ini memiliki penduduk Poland majoriti, diserahkan kepada Poland yang baru merdeka. Kota ini lalu dikenal oleh mereka dengan nama Lwów.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada 1939, Polandia dibahagikan antara pihak Jerman dan Kesatuan Soviet. Kota Lwów diserahkan ke tangan Soviet dan dimasukkan ke dalam Republik Sosialis Soviet Ukraine. Selepas itu, warga Poland di Lviv diusir dari situ. Pada 1941, pihak Jerman Nazi menakluki kota ini semula. Kota ini menjadi tempat utama Holokus, dengan penduduk Yahudi secara asasnya hampir dilenyapkan hingga hanya beberapa ratus orang yang terselamat pada 1945 berbanding lebih kurang 100,000 orang pada 1939.[2][3] Pada 1945, Garisan Curzon ditetapkan, menjadikan status kota ini ditetapkan lalu dimasukkan ke Ukraine. Penduduk Poland yang masih ada diusir ke kawasan baharu Poland, terutamanya ke Breslau (Wrocław).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lviv berada di kawasan pinggir tanah tinggi Roztochia, kira-kira 70 kilometer (43 batu) dari sempadan Poland dan 160 kilometer (99 batu) dari pergunungan timur Carpathia. Ketinggian purata Lviv ialah 296 meter (971 kaki) di atas permukaan laut. Titik tertinggi adalah Vysokyi Zamok (Istana Tinggi), 409 meter (1342 kaki) di atas permukaan laut. Istana ini mempunyai pemandangan pusat bandar yang bersejarah dengan gereja-gereja berkubah hijau yang unik dan seni bina yang rumit.

Kawasan kota lama berada di kaki Istana Tinggi di tebing Sungai Poltva. Pada abad ke-13, sungai itu digunakan sebagai laluan pengangkutan barangan. Pada awal abad ke-20, Poltva ditutup di kawasan aliran melalui kota; sungai mengalir tepat di bawah jalan pusat Lviv, Freedom Avenue (Prospect Svobody), serta Teater Opera dan Balet Lviv.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Data iklim untuk Lviv (1981–2010, nilai ekstrem 1936–kini)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 13.8
(56.8)
17.7
(63.9)
22.4
(72.3)
28.9
(84.0)
32.2
(90.0)
33.4
(92.1)
36.3
(97.3)
35.6
(96.1)
34.5
(94.1)
25.6
(78.1)
21.6
(70.9)
16.5
(61.7)
36.3
(97.3)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) −0.1
(31.8)
1.3
(34.3)
6.3
(43.3)
13.6
(56.5)
19.4
(66.9)
22.0
(71.6)
23.9
(75.0)
23.5
(74.3)
18.3
(64.9)
12.9
(55.2)
6.0
(42.8)
0.9
(33.6)
12.3
(54.1)
Purata suhu harian, °C (°F) −3.1
(26.4)
−2.2
(28.0)
2.0
(35.6)
8.3
(46.9)
13.7
(56.7)
16.4
(61.5)
18.3
(64.9)
17.6
(63.7)
13.0
(55.4)
8.1
(46.6)
2.6
(36.7)
−1.8
(28.8)
7.7
(45.9)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −6.1
(21.0)
−5.5
(22.1)
−1.7
(28.9)
3.6
(38.5)
8.4
(47.1)
11.3
(52.3)
13.2
(55.8)
12.5
(54.5)
8.4
(47.1)
4.1
(39.4)
−0.3
(31.5)
−4.6
(23.7)
3.6
(38.5)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −28.5
(−19.3)
−29.5
(−21.1)
−25.0
(−13.0)
−12.1
(10.2)
−5.0
(23.0)
0.5
(32.9)
4.5
(40.1)
2.6
(36.7)
−3.0
(26.6)
−13.2
(8.2)
−17.6
(0.3)
−25.6
(−14.1)
−29.5
(−21.1)
Purata kerpasan, mm (inci) 40
(1.6)
44
(1.7)
45
(1.8)
53
(2.1)
89
(3.5)
89
(3.5)
96
(3.8)
76
(3.0)
67
(2.6)
51
(2.0)
48
(1.9)
48
(1.9)
746
(29.4)
Purata bilangan hari hujan 9 9 11 14 16 17 16 14 14 14 13 11 158
Purata bilangan hari salji 17 17 11 3 0.1 0 0 0 0 1 8 15 72
Purata kelembapan relatif (%) 83 81 77 69 71 74 75 76 79 80 84 85 78
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 64 79 112 188 227 238 254 222 179 148 56 37 1,804
Sumber 1: Pogoda.ru.net,[4]
Sumber 2: NOAA (taburan cahaya sahaja, 1961–1990)[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Населення України (2021)". index.minfin.com.ua. Dicapai pada 2021-03-24.
  2. ^ "Lvov 1939–1944 Timeline". United States Holocaust Memorial Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009.
  3. ^ Filip Friedman, Zagłada Żydów lwowskich (Extermination of the Jews of Lwów) – online in Polish, Ukrainian and Russian Diarkibkan 17 April 2014 di Wayback Machine
  4. ^ "Pogoda.ru.net" (dalam bahasa Rusia). Weather and Climate (Погода и климат). May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2019. Dicapai pada 13 December 2019.
  5. ^ "L'vov (Lviv) Climate Normals 1961–1990". NOAA. Dicapai pada 13 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]